Sunday, 18 July 2010

Panduan Menanam dengan 'PEATGRO'

1) Semaian Biji Benih

Masukkan PEATGRO ke dalam 'tray', ratakan dan mampatkan. Masukkan biji benih ke dalam lubang 'tray' dan siram dengan air sehingga basah sepenuhnya.
2) Tanaman Pasu/Polibeg/Keratan Batang

Campurkan PEATGRO bersama media tanah dan pasir mengikut nisbah 2:3:1.Boleh juga menggunakan PEATGRO dan tanah pada nisbah 1:2


3) Batas Tanaman

Taburkan 5cm PEATGRO di atas batas tanaman dan gaulkan PEATGROsehingga 10-15cm ke dalam batas.

4) Lubang Tanaman

Campurkan PEATGRO dengan tanah asal lubang yang telah dikorek pada nisbah 1:2, boleh ditambah pasir. Sekiranya tanah asal adalah tanah liat.

5) Menanam Rumput

Taburkan 3cm PEATGRO di atas permukaan padang, gaulkanPEATGRO sehingga 10-15cm ke dalam tanah/pasir.

Sekiranya menggunakan biji benih, taburkan biji benih di permukaan padang dan tambahkan 1cm PEATGRO.

6) Fertigasi

1. Campurkan PEATGRO FIBROUS GRADE dan sekam padi pada nisbah 1:1.

2. Campurkan PEATGRO FIBROUS GRADE dan sabut kelapa pada nisbah 1:1.

3. Boleh juga menggunakan nisbah 1:1:1 bagi campuran PEATGRO FIBROUS GRADE, sekam padi dan 'coco peat'.

7) Baikpulih Tanah Untuk Tanaman Dalam Pasu/Tanaman Sedia Ada/Tanaman Pagaran/Batas Tanaman.

Bersihkan kawasan sedia ada atau pasuan, 'planter box' dari rumput rumpai. Kemudian taburkan 3-5cm PEATGRO di permukaan tanah dan gaulkan PEATGRO ke dalam tanah tanpa merosakkan akar tanaman.

Antara Permasalahan Tanah Yang Sering Kita Hadapi..

- Tanah kurang subur dan tandus kerana kurang atau tiada bahan organik. Bakteria baik dan pokok-pokok sangat memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik.

-Struktur tanah padat dan berpasir atau pun yang berbatu-batu menyukarkan akar pokok tumbuh dengan sihat.

-Bekalan air terkumpul di permukaan. Di mana, air tidak meresap ke dalam tanah lalu akar tidak dapat menyerap air dengan baik.

-Ada kalanya tanah yang kita beli atau tanah sedia ada mengandungi najis haiwan yang mempunyai pathogen (penyakit).

-Oleh kerana risau dengan keadaan pokok yang kurang berbunga atau berbuah, baja diletakkan pada tanah secara berlebihan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana tanah akan menjadi terlalu berasid di mana tanah yang sedemikian tidak sesuai digunakan dan akhirnya boleh menyebabkan pokok itu mati.


Apa Yang PEATGRO Boleh Lakukan?

- Mampu memperkayakan tanah sedia ada dengan bahan organik yang boleh diuraikan oleh bakteria baik bagi menghasilkan nutrien dan nitrogen untuk pokok.

- Mampu memulihkan struktur tanah yang bermasalah seperti tanah liat dan tanah berpasir. Tanah yang kurang subur juga boleh digunapakai semula.

- Mampu memudahkan aktiviti penanaman anda. Ini kerana,
PEATGRO ringan dan mudah digunakan secara terus dari beg. Sama ada ingin menggunakannya 100% mahupun dengan mencampurkannya dengan tanah yang lain.

- Tidak perlu risau tentang pathogen (penyakit) kerana
PEATGRObersih dari najis haiwan dan ia juga bebas dari segala benih rumput rampai.

No comments:

Post a Comment